pesakit - pesakit budiman :)

Saturday, December 18, 2010

Kini Pelajar Paling Cerdik di Malaysia telah ditemui!

Kisah ini berlaku di salah sebuah sekolah di Malaysia.Kini pelajar paling cerdik telah ditemui sebagai pengganti pelajar cerdik Amalina kita!
Tahniah !

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22)
menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu)
Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :
"Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab,
"Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".
Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.

Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot ofheat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont getit you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah"

P/s: Jika jawapan kau, kau and kau semua salah, kau adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning. ngaku jelaaa !

Tuesday, December 14, 2010

second !

1. apa benda yang paling penting dalam hidup korang?
ABAH dan UMIE


2. benda terakhir yang korang beli guna duit korang?
gamba passport 12 keping


3. di manakah korang akan melangsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya?
ohh, i never think of marriage !


4. adakah korang sedang bercinta sekarang?
sedang ingin me-reject cintacinta ;p


5. berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
kekasih pun aku takde. but yess eternally for my hubby 
.

6. di manakah korang selalu berjumpa dengan kekasih korang?
berape kali nak cakap aku takde kekasih ! isy buat aku down je :(


7. novel / buku / majalah terakhir yang korang beli?
pelangi 


8. apakah nama penuh korang?
beserta IC kah?


9. antara mak  ibu dan ayah, mana yang korang lebih mesra?
anak ABAH


10. namakan orang yang korang betul2 nak jumpa dalam hidup korang
HIM ! amin~


11. adakah korang basuh baju sendiri?
teknologi kan ade.hehe


12. di manakah tempat yang korang betul-betul nak pergi?
sape tak nak pergi SYURGA?


13. pilih satu; peluk ke cium?
both please.


14. beritahu 3 benda tentang orang yang beri tag.

silent reader | suke LIKE | frau to be


15. 5 benda yang disayangi dalam hidup anda
NONE.pecaye tak?


16. lagu yang anda paling suka dan selalu dengar
perfect two - auburn


17. bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas?
221191 - mid valley

18. 5 rakan blogger yang korang nak tag a.k.a suspek yang perlu dicari


Thursday, December 9, 2010

kawan sampai mati?no lahh!

till death do us apart?


ha  ha. kalau dulu beria-ia la sangat ngan quote pasal kawan ni kan. one word. STUPID. bodoh gila aku percaya yang kawan ni boleh bawak sampai mati. bodoh gila aku percaya diorang akan still dengan aku in whatever conditions. bodoh gila aku dok pasang angan-angan kononnye 2018 nanti kita akan jumpa balik di tempat paling tinggi kat malaysia ni. bodoh gila aku! dulu memang aku ambil peduli sebab seriously korang lagi penting daripada family aku. but since aku dah perasan yang friendship kita ni tak bawak pape makna pun bagi korang semua, aku surrender. buat apa aku nak sibuk-sibuk rindu kenangan makanmegi-ponteng-sukasuki ngan korang even korang tak terlintas pun pasal tu. buat ape aku jaga hati orang yang tak pernah jaga hati aku. nekad. suka hati lah. buat la ape korang suka. suka sangat gaduh kan? haa gaduh lagi, gaduh lagi. kalau terasa tu, pendam lagi pendam lagi. dah belajar dapat result tinggi-tinggi, fikiran tu tak grow up jugak. baek la aku yang 'bodoh ni kan'. huh. renung-renungkan dan selamat berubah, KAWAN!



Tuesday, December 7, 2010

rumah manis rumah

jangan pandangpandang.duduk renggangrenggang.
lalalala.




putih-merah. bukan warna bendera kelate lah. warna rumah aku. hari ni malas nak cakap banyak. penat exercise ngan mia.fuhhh.




i love the smell of kampung.so refreshing, so true.
i love my house !

Sunday, December 5, 2010

dont worry, im fine.

hey hello hai.


lama tak merapu kat sini. kawan-kawan pun ramai tanya pasal aku. cehh ukan bajet femes ke ape. tapi memang aku sendiri ngaku la. friends, memang aku sengaja larikan diri daripada korang. sebab ape? aku tak nak cerita kat sini. kalau ade number phone aku, text je then aku cerita. sorry banyak-banyak okay. seriously, i miss old times ;(

Wednesday, November 10, 2010

nafsu sudah tarak!

hey hello hai.
title post macam jahat sikit. jahat tapi benar. aku memang dah takde nafsu sangat ngan kau wahai blog. facebook juga, dua kali seminggu aku bukak. kesian, tapi seriously masa jadi makin berkualiti. takdela aku nak stalk facebook si dia lagi. blog, takde benda menarik sangat aku nak tulis. even budak2 ni kagum dengan aku sebagai ratu drama tapi drama2 aku tu kalau tulis dekat sini mau bakar panggung kan.ehh merepek! so dengan penuh keazaman di dada, aku tuka nama blog aku. haha.


  LBS ;P

Sunday, September 19, 2010

panas terik , hujan badai.

lama tak online. hmm haha. ramadhan dah pergi. takde pape yang aku nak bangga sangat ngan ramadhan tahun ni. yelaa kan, motif utama nak khatam dalam sebulan tak tercapai frust! lailatul qadar rasa-rasanya aku tak dapat la kot. hari raya plak memang ofkos hepi tapi sedih tu tetap ada. kenapa sedih? hanya kanak-kanak riang yang ada abah umur macam aku and farah je paham.


SATU
dia sudah bergelar ayah,datuk dan moyang. usia sudah mahu mencapai seabad. tapi perangai masih macam si kanak-kanak ribena. kalah aku masa jaman-jaman frust tak tertonggeng dulu. hanya kerana  perempuan itu, dia hilang punca.


DUA
dia si anak. pagi petang malam hidup tak tenang uruskan si ayah. kerja selalu ditinggalkan. kadang-kadang tiap-tiap hari kena cuti. aku nak jadi macam si anak itu. taat.


TIGA
dia juga si anak. tapi kenapa harta yang engkau pandang? wang ringgit bukan jaminan. semoga engkau insaf.




SELAMAT HARI RAYA KE SEBELAS!


love,
shepette fadzlin.

Saturday, September 4, 2010

gemuk it bahagia

6 hari lagi nak raya. semalam aku pergi tesco. aku naik penimbang berat, dengan harapan berat aku 45kg. tengok-tengok. helehhhh. aku turun sekilo aje weh! geram? tidak sama sekali , tapi kuciwa gila lah beb! bayangkan, baju raya yang aku ukur 2 bulan lepas dah tak padan dah aku pakai. muka takyah cerita la, jerawat sini-sana. kau saje je kan naik time-time nak raya nih. tu orang panggil balasan lah mek lin oi. dulu tak jagapakai apa-apa pun kat muka nih licin gula. sikalang ~ haih haihh. 



Sunday, August 29, 2010

kerana aku tak biasa

maaf kalau aku senyum hendak tak hendak je
kerana aku tak biasa
maaf kalau aku tak cakap aku rindu
kerana aku tak biasa
maaf kalau aku tak cari kau dulu
kerana aku tak biasa
maaf kalau aku tak pernah mengalah
kerana aku tak  biasa
maaf kalau aku tak pujuk
kerana aku tak biasa
maaf kalau aku bukan teman yang baik
kerana aku tak biasa.

i am the worst girlfriend,friend,mates you will ever have.-pathetic-
jiwang dak weh?aku karang sendiri ni.wek wekk :P

Saturday, August 28, 2010

anti nenek tiri dan polis!

hai dan hoi dan hei


tajuk di atas, aku mintak maaf kalau sape-sape yang baca entry ni bapak,datuk,nenek,mak,sedara korang ni polis ehh. and kalau nenek tiri korang baik. tapi, sesungguhnya AKU BENCI NENEK TIRI dan POLIS. tak perlulah aku nak cerita polis balai mana, tak pasal-pasal ada group kat fesbuk dislike aku. bukan aku penakut, tapi sebabnya bukan semua polis macam tu. ni polis yang terlibat dengan aku sahaja. kenapa aku terlampau benci dengan diorang? sebab kau,ye kau 4 orang dah makan rasuah. tambah lagi, kau islam tak puasa. isyyy. benci. nenek tiri? aku benci sebab dah buat umie abah aku tak tido malam. ahhh, aku memang tak boleh nak balas. kau semua tunggu balasan akhirat. 

Sunday, August 22, 2010

baju raya aku tahun ni kaler hitam :)

gates of memories will never close
how much i miss you no one will knows
days will pass away into years
and we will think about those memories
in silent tears
:)






tahniah untuk cinta baru kamu.

Friday, August 20, 2010

20 lagi , sempat tak agak-agak?

di pagi yang cerah nak mendung ni , rasa bersalah tetap ada. aku tak boleh la nak buat dekk je kalau kawan aku aku terasa hati ngan aku ni. im so sorry baby. haihh. ni memang salah aku. sape suruh mulut tu tak reti nak jaga sikit. tapi aku tak sangka la pulak sampai nak terasa hati sampai macam tu.  yela, aku tau mg dah letih arrange semua event2 ni. kalau ade nak gather ke, lepak ke, mg yg  besu kan? dah nak buat macam mana, aku memang tak suka ngan orang yang mg ajak tu. tapi takpe la baby, ill pretend diorang takde ehh nanti. ill enjoy myself. dont worry ehh baby. dahdah la deactivate fb. fb tak ceria tanpa kamu . haihh haihh.


-silent mode-

Wednesday, August 18, 2010

if and only if

aku mula bimbang. macam mana kalau setakat separuh jalan? aku rase aku nak,nak sangat. hati aku cukup kuat mengatakan memang ini yang terbaik. tapi kalau semua tinggalkan aku lepas aku buat semua ni macam mana? aku tak sanggup jauh dengan orang-orang yang aku sayang. tinggalkan aktiviti-aktiviti dulu. aku bukan jenis wanita muslimah pujaan semua untuk melakukan semua tu. more than that,im more worse. banyak yang dibuat salah dan dosa dulu. ramadhan,bantu aku cari jalan boleh? well,the hardest fight is fighting with yourself. God,please be with me and give me strength. AMIN.

Tuesday, August 17, 2010

lets love like we have never been hurt

lama sudah aku tak update blog.berukband yang jarang-jarang ada,kalau ada pon line macam tak nak connect.aku rase kalau line yang selalu ada satu bar ni boleh cakap,mesti die kata 
   
   "1 bar ja?nak connect pun malu ehh"


alhamdulillah,matlamat utama untuk bulan ramadhan berjalan dengan lancar.matlamat kedua tak lancar lansung.awat la weh berat tak turun turun ni?apa salahku?setelah puas aku fikir fikir,setahu aku,aku tak pernah hina orang gemuk.aku rase mesti sebab aku selalu mengutuk ayam-ayam yang aku basuh lepas beli kat pasar tuh.


   "banyaknye lemak kau ayam,ni mesti ayam jenis makan tido ni"
   "ayam ni tak reti nak diet ka?penat aku buang lemak"


ayam ohh ayam.maafkan kami,maafkan kami!tak sengaja,mana nak tahu kau terasa hati.


merapukah aku?haha.entah aku tenang kot ni.
;p

Tuesday, August 10, 2010

if i can turn back time

well,x terlambat kan nak ucap

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN :)


Wednesday, August 4, 2010

Friday, July 30, 2010

tak cantik tapi ada rupa

MEK BUNGA : alahh,i tak cantik pon.
SAMEON : u tak cantik tapi ada rupa lah kan.


hidung si mek bunga pun kembang kempis,kembang kempis..aww tak sangka aku ade rupa jugak ye..tak sia-sia aku pakai krim percerah garnier light.


hoi hoi mek.ngek!semua orang ade rupa kan.yang membezakan rupa itu adalah cantik,buruk,hensem atau sejuk mata memandang je.kna chong la kau mek bunga.kesian kau.tapi ingat ye mek bunga,manusia ni kan sesempurna makhluk Allah,syukur :).

Wednesday, July 28, 2010

mintak hadiah nanti raya okayh ;)

Allah selamatkan kamu 2x
Allah selamatkan mayah,billa,mok yah
Allah selamatkan kamu
sweet sour spicy 19 :)






17-07-2010
ini mayah pipi kembong.
lari kuat nak jadi model tiger
tapi lawa kan kan


x______________________________x


20-07-2010
ni baby kiki lala.
kaler mata ade macam-macam
suara kuat pecah speaker

x____________________________x


29-07-2010
ni farah mulut bocor
dulu sporty now ladies
sila kaji bumi yang aku pijak nih kay.

x________________________________x

till death do us apart righto?
sekian,terima kasih.

Monday, July 26, 2010

attached to material?

go ahead just leave,cant hold you,youre free
i gave you your dreams,cause you meant the world
so did i deserve to be left here hurt?
you think that you know,you made yourself cold
how could you believe them over me
im your girl
youre out of control,how could you let go?
dont you know im not attached to material


______________________________


tutt tutt,tutt tutt


badak : assalamualaikum
adik keli : w'salam.keli xde,pegi surau.
---------------------
badak : sejuk hati badak,keli pegi surau tadi?
keli : haah.malam ni kan nisfu syaaban.


                    :)


x--------------------------------x

Thursday, July 22, 2010

kau bagus sangat ke?

rase macam nak buat luahan hati
tapi takde sorang yang sudi dengar
kesian kat aku ni kan?
haha
wey tak payah nak kesian sebab
aku yang tak sudi nak luahkan kat kau laa
wekkk
xBOOOOOOOOx

Wednesday, July 21, 2010

kenapa tak rogol saya?

Kisah benar ini berlaku di US.




Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bereaorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan 
semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?) 


Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..) 


Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

Tuesday, July 13, 2010

bila hati bersedih semua tak betul.


i am not someone,but i am everyone
i am not in one place,but i am everywhere
once you love me
ill love you more








i miss you i miss you i miss you i miss you